Langkau ke maklumat produk
1 daripada 11

Tasawwur Islam : Huraian konsep dan Implikasi dalam Kehidupan

Tasawwur Islam : Huraian konsep dan Implikasi dalam Kehidupan

Harga biasa RM25.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM25.00 MYR
Jualan Habis dijual

Buku ini dipersembahkan atas tiga tema. Tema pertama ialah penjelasan dan huraian konseptual. Tema kedua menyentuh soal sumber atau term of reference kepada memahami  pengertian Islam itu sendiri. Tema terakhir pula merupakan aspek implikasi hasil daripada perlaksanaan Islam di tengah-tengah umat manusia.


--

Tasawwur Islam ialah satu usaha untuk memberi penjelasan tentang Islam yang sebenar dan menyeluruh. Ia merangkumi aspek ketuhanan, kenabian, kerohanian dan kehidupan yang membina hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t, manusia dan alam sejagat demi untuk kebahagian manusia di dunia dan akhirat.

Buku Tasawwur Islam : Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan merupakan buah hasil tulisan para cendekiawan tempatan yang telah sempat dikumpulkan dan dipersembahkan atas tiga tema. Tema pertama ialah penjelasan dan huraian konseptual. Tema kedua menyentuh soal sumber atau term of reference kepada memahami  pengertian Islam itu sendiri dan tema ketiga pula merupakan aspek implikasi hasil daripada perlaksanaan Islam di tengah-tengah umat manusia.

Diharapkan buku ini dapat memberi kefahaman kepada pembaca mengenai Islam yang sebenarnya serta menghayati segala prinsip, panduan serta iktibar yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan pengertian terhadap Islam menjadi lebih jelas dan meyakinkan, dan tindakan terpandu ke arah kebenaran yang diredhai Allah s.w.t.

Selamat membaca!

Lihat butiran penuh