Langkau ke maklumat produk
1 daripada 16

Siri Kisah Ibrah ( 5 Tajuk )

Siri Kisah Ibrah ( 5 Tajuk )

Harga biasa RM10.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM10.00 MYR
Jualan Habis dijual
Pilih Tajuk

1. Kera yang Kudung
Kisah seekor ibu kera dan anaknya yang berpindah ke habitat yang baharu. Ibu kera telah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa berhati-hati kerana tidak diketahui bagaimana situasi sebenar di habitat baharu dan dikhuatiri ada bahaya yang tidak terduga. Suatu hari, anak kera mengambil keputusan untuk mengabaikan pesanan ibunya. Sesuatu telah berlaku kepada anak kera akibat daripada tidak mendengar nasihat orang yang lebih tua. Apakah yang telah berlaku kepada anak kera?
 
2. Musang dan Gagak
Kisah seekor musang yang berlagak dan pemalas. Di saat seluruh haiwan di hutan mengumpulkan bekalan makanan masing-masing sebagai persediaan menghadapi musim sejuk, si musang sahaja yang duduk beristirehat. Namun, apabila tiba musim sejuk, musang berasa sangat lapar dan memerlukan makanan segera. Sampai suatu saat, si musang ternampak seekor burung gagak di atas dahan pokok sedang dalam kesejukan. Musang telah melakukan helah supaya si gagak mengikutnya pulang. Apakah helah musang dan bagaimana nasib burung gagak pada akhirnya?
 
3. Sang Kancil dan Buaya
Kisah seekor kancil yang kelaparan dan ingin memakan buah ceri yang terdapat pada rimbunan pokok ceri di seberang sungai. Sang Kancil memikirkan helah supaya dapat menyeberang sungai. Akhirnya, Sang Kancil mempergunakan buaya-buaya yang ada di sungai itu. Apakah helah yang digunakan oleh Sang Kancil ke atas buaya itu semua? Dapatkah Sang Kancil memakan buah ceri yang diidamkan?
 
4. Sang Kancil dan Singa
Kisah seekor kancil yang bersiar-siar di dalam hutan dan tiba-tiba, terserempak dengan seekor singa. Sang Kancil ingin melarikan daripada singa tersebut tetapi singa pula ternampak. Sedang dalam perjalanan melarikan diri, Sang Kancil terserempak pula dengan seekor ular yang sedang tidur. Lantas, Sang Kancil terus memasang helah untuk  singa dengan menggunakan ular itu. Apakah helah Sang Kancil? Dapatkah Sang Kancil melarikan diri daripada kedua-dua haiwan bahaya itu?
 
5. Sang Kancil dan Siput
Kisah seekor Sang Kancil yang sombong dan berbangga diri. Sang Kancil telah merendah-rendah siput yang sedang dalam perjalanan menuju ke sungai. Satu perlumbaan telah diadakan bagi menguji kepantasan masing-masing. Siapa sampai dahulu, dialah pemenang. Dek kerana sombong dan terlalu yakin akan menang, Sang Kancil pun duduk beristirehat terlebih dahulu. Adakah benar Sang Kancil akan menang dan siput akan kalah?

Lihat butiran penuh

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)