Langkau ke maklumat produk
1 daripada 6

Siri Bacaan Madani (6 Tajuk)

Siri Bacaan Madani (6 Tajuk)

Harga biasa RM7.11 MYR
Harga biasa RM7.90 MYR Harga jualan RM7.11 MYR
Jualan Habis dijual
Pilih tajuk buku cerita

Buku cerita ini menepati konsep “Membangun Malaysia Madani” melalui 6 tonggak utama dan diperhalusi atau dipemudahcara dalam karya buku cerita pendek. 

Apa yang menarik?

  • Sesuai untuk mendidik masyarakat khususnya kanak-kanak seawal usia “boleh membaca” sehingga tahap sekolah rendah dengan nilai-nilai murni dan pendidikan moral yang ada dalam cerita.
  • Ditambah nilai dengan penggunaan bahasa yang mudah, penceritaan yang santai, ilustrasi yang sesuai dengan jalan cerita dan alih tulisan Jawi.
  • Pendedahan tentang perubahan cara mengeja perkataan rumi ke Jawi.

Sinopsis:
1. Sungai
Alif sekeluarga amat terkejut dengan keadaan sungai yang selalu mereka kunjungi. Sungai yang kotor telah memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar dan hidupan lain. Bagaimanakah cara mereka mengatasi masalah ini demi kemampanan bersama.


2. Spybot 
Kesungguhan Alif mengumpul duit untuk membeli mainan impiannya telah menjadi kenyataan. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Namun, hati Alif tiba-tiba berasa berat untuk meneruskan niatnya. Apakah yang terjadi?


3. Vakum Pintar
Kisah tentang perjuangan tiga orang sahabat iaitu Anas, Arun dan Feng dalam merealisasikan impian mereka untuk mencipta sebuah robot. Hasrat mereka tercapai apabila robot vakum pintar berjaya dihasilkan dengan bantuan guru mereka iaitu Cikgu Lukman.


4. Jus Mangga Asli 
Kisah tentang pengalaman tiga sekawan iaitu Anas, Arun dan Feng  dalam menghadapi cabaran ketika berniaga. Mereka hampir melakukan hal yang tak terduga, namun berkat keyakinan terhadap rezeki, jualan mereka pun semakin laris.


5. Berani Kerana Benar
 Kisah tentang seorang abang dan adik iaitu Anas dan Mimi yang bergaduh hanya kerana sebatang pensel. Namun, pergelutan tersebut diredakan oleh ibu mereka. Diselitkan juga babak di antara Alif dan ayahnya yang membantu seorang nenek tua yang hampir dilanggar oleh sebuah motor.


6. Arun Sakit?
Arun telah jatuh sakit selama beberapa hari. Alif dan Feng berasa simpati terhadap apa yang dialami oleh Arun. Mereka berusaha untuk menggembirakan Arun. Sikap ihsan yang diamalkan oleh Alif dan Feng mengeratkan lagi hubungan persabahatan mereka.

Lihat butiran penuh

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)