(PRE-ORDER) Himpunan Karya Zawawi Haji Ahmad
(PRE-ORDER) Himpunan Karya Zawawi Haji Ahmad
Tidak dapat memuatkan ketersediaan pengambilan
Zawawi bin Haji Ahmad dilahirkan pada 13 Julai 1941 di Kedah Darul Aman. Beliau merupakan lulusan Kuliah Syariah, Universiti al-Azhar dan melanjutkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Pendidikan di Ohio University, Amerika Syarikat.
Beliau pernah berkhidmat sebagai guru, pensyarah di Universiti Malaya, Ahli Parlimen Padang Terap, serta kini menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum sejak 2004. Aktif dalam penulisan dakwah dan ilmiah, karya-karya beliau telah diterbitkan oleh Aras Mega (M) Sdn Bhd., menyentuh bidang syariahn, pendidikan Islam dan pembangunan ummah.
Karya Zawawi Haji Ahmad
1. Tafsir Surah al'Ankabut
Temui rahsia besar dalam surah al-'Ankabut! Buku ini membongkar mesej tersembunyi yang disampaikan oleh Allah, dilihat dari perspektif sains dan sejarah. Ketahui mengapa setiap ayat al-Quran lebih daripada sekadar bacaan-ia adalah panduan kehidupan yang membawa keberkatan dan ketaatan sejati.
2. Tafsir Surah Yaasin
Bongkar keistimewaan surah Yassin dari sudut sains dan sejarah! Buku ini mendedahkan mesej tersembunyi di sebalik ayat-ayatnya yang bukan sekadar membawa keberkatan, tetapi juga petunjuk hidup yang menggerakkan hati untuk lebih taat kepada Allah. Baca dan fahami rahsianya!
3. Tafsir Surah al-Nahl
Surah an-Nahl mengandungi keajaiban alam yang hanya difahami oleh mereka yang arif dalam bidangnya. Buku ini menjadi kunci awal membongkar khazanah ilmu wahyu yang tersembunyi, serta menyatukan semula sains dan agama yang sekian lama dianggap terpisah.
4. Tafsir Surah an-Naml
Ingin tahu mengapa semut disebut dalam al-Quran? Buku ini membongkar rahsia besar di sebalik ayat-ayatnya. Kupasan menarik ini membuka minda untuk berfikir tentang kehebatan ciptaan Allah dan hikmah di sebaliknya - menjadikan kita lebih bersyukur dan berfikir dalam setiap ayat yang dibaca.
5. Tafsir Bersepadu Juzuk Amma
Buku ini membantu pembaca memahami maksud tersirat dalam Juzuk Amma, khususnya 22 surah lazim yang sering dibaca dalam solat dan majlis doa. Disusun bagi memudahkan hikmah ayat-ayat suci dengan lebih jelas dan bermakna.
Simpan link ini





