Langkau ke maklumat produk
1 daripada 7

Mengharung Samudera

Mengharung Samudera

Harga biasa RM38.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM38.00 MYR
Jualan Habis dijual

BUKU BAHARU TERBIT!

Kisah realiti seorang kapten kapal yang memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi dunia perkapalan. Penceritaan tentang detik-detik bersejarah yang berlaku di seluruh dunia. Menariknya dalam buku ini dimuatkan dengan ilustrasi dan gambar menceritakan keadaan pada masa itu.

Sinopsis:
Kapten Rasol bin Puteh telah memulakan kerjayanya di laut pada usia 16 tahun setelah diterima menjadi pegawai kadet di T.S. Dufferin, Bombay, India.

Segala pengalaman dan kenangan beliau ketika mendapat latihan di T.S Dufferin dan T.S. Rajendra dilakarkan (dalam bentuk lukisan) dan diceritakan sepanjang berada di atas kapal tersebut.

Kemudian, beliau mula berkhidmat dengan MISC Bhd. dan pelayaran pertama beliau bersama dengan kapal Bunga Tanjong yang membawa kargo.

Kehidupan beliau di laut lebih lama dari di darat dikongsikan dan banyak detik-detik bersejarah yang berlaku di serata dunia sempat dirasai oleh beliau sehinggalah berjawatan sebagai kapten kapal.

Akhirnya, Kapten Rasol berjaya mengelilingi dunia melalui pelayaran ke haluan barat selama 5 bulan 12 hari, bertitik mula dari Pelabuhan Klang sehingga ke titik terakhir di pelabuhan sama, sejauh 33,829 n.m. atau 62,651 km yang melewati 20 buah pelabuhan dunia.

Lihat butiran penuh

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)