Langkau ke maklumat produk
1 daripada 9

Mazhab Syafi'i: Wadah perpaduan Ummah dan Penyeragaman Amalan Syariat di Malaysia

Mazhab Syafi'i: Wadah perpaduan Ummah dan Penyeragaman Amalan Syariat di Malaysia

Harga biasa RM23.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM23.00 MYR
Jualan Habis dijual

Buku ini mengandungi 9 bab yang membincangkan tentang asas teori Imam Syafi’i dan aplikasinya dalam hukum-hukum Furu’ Fiqhiyyah, penerangan secara jelas berkenaan ijtihad dan taqlid serta sejarah kedatangan Islam di Malaysia dan bagaimana pengaruh demikian mazhab Syafi’i dapat bertapak di Malaysia dalam bidang fiqah, perundangan, aqidah, tasawuf dan kemasyarakatan.


--

Topik-topik menarik dalam buku ini ada membincangkan tentang gerakan mencabar amalan-amalan masyarakat bermazhab Syafi’i di peringkat awam dan peringkat autoriti pemerintah dengan membawa hukum-hukum yang berbeza dengan amalan masyarakat dalam peribadatan dan budaya hidup.

Perbincangan lebih mendalam diketengahkan tentang pandangan jumhur ulama mengenai bidaan yang lebih luas dari sudut teori dan pelaksanaannya dalam masyarakat.

Selain itu, beberapa buah buku penting yang diterbitkan mengandungi hukum-hukum khilaf antara ulama mazhab Syafi’i dengan golongan aliran yang tidak bemazhab serta mengandungi hukum-hukum yang ditimbulkan oleh golongan aliran tidak bermazhab yang telah diputuskan oleh Muzakarah Ulama di Kepala Batas Pulau Pinang pada tahun 1953 untuk menunjukkan kesahihan pegangan ulama bermazhab Syafi’i terhadap masalah yang timbul dibincangkan serta dirumuskan dengan pandangan yang sewajarnya di dalam buku ini.

Semoga buku ini membantu anda mendalami Mazhab as-Syafi'i.

Selamat membaca!

Lihat butiran penuh