Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Kombo Kenali Anak Kita

Kombo Kenali Anak Kita

Harga biasa RM49.00 MYR
Harga biasa RM68.00 MYR Harga jualan RM49.00 MYR
Jualan Habis dijual

Dalam Kombo Kenali Anak Kita ini ada 2 buah buku yang baharu sahaja terbit. Buku-buku tersebut adalah:

1. Buku Poket Kanak-kanak & Remaja

2. Buku cerita Saya Sedang Berusaha

TENTANG BUKU POKET KANAK-KANAK & REMAJA
Buku ini adalah untuk ibu ayah yang mungkin sedang melalui waktu sukar melindungi dan membimbing anak yang semakin laju mengejar usia dewasanya.Sedangkan ibu ayah itu sendiri semakin hari semakin lemah langkahnya.

Buku ini juga untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami kepayahan seorang anak yang di bahunya berat dengan harapan keluarga. Sedangkan hatinya sendiri masih gugup melihat ke hadapan.

Buku Poket Kanak-kanak & Remaja ini ditulis khas oleh ahli psikologi perkembangan untuk membantu masyarakat terutamanya ibu ayah dan guru dalam proses memahami krisis perkembangan anak berumur 7 hingga 18 tahun.

Ambil tahu perkembangan fizikal, emosi dan tingkah laku anak. Anak yang gembira adalah anak yang mempunyai psikologi yang sihat.


TENTANG BUKU CERITA SAYA SEDANG BERUSAHA
Aishah berasa rendah diri kerana tidak dapat belajar seperti rakan-rakannya yang lain. Dia sering melihat huruf dan nombor sedang menari dan bermain di depannya. Sehinggakan Aishah juga ingin bermain dengan mereka. Mengapakah Aishah sering berada di dalam situasi itu? Dapatkah Aishah menghadapinya?

Kelebihan Buku Ini
1. Jalan cerita berkaitan Ketidakupayaan Pembelajaran Spesifik (SLD).
2. Penggunaan gaya bahasa yang mudah.
3. Ilustrasi menarik yang sesuai untuk daya tumpuan kanak-kanak.
4. Ibu bapa juga dapat memahami kesukaran anak-anak dalam pembelajaran.
5. Cara untuk membantu kanak-kanak yang mengalami SLD.

Lihat butiran penuh

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)