Langkau ke maklumat produk
1 daripada 1

Kombo Buku Poket

Kombo Buku Poket

Harga biasa RM62.40 MYR
Harga biasa RM78.00 MYR Harga jualan RM62.40 MYR
Jualan Habis dijual

2 Buku Poket dalam Kombo ini:

1. Buku Poket Anak Kecil
2. Buku Poket Kanak-kanak & Remaja

_____________________________________________________________________

Sinopsis Buku Poket Anak Kecil

Buku Poket Anak Kecil merupakan buku panduan perkembangan dan psikologi anak kecil khas untuk ibu ayah muda atau pasangan yang bakal menimang cahaya mata.

Adakalanya ibu ayah cenderung menyalahkan diri sendiri sekiranya anak tidak bertingkah laku seperti yang diinginkan.

Adakalanya pula, ibu ayah tidak pasti perkara yang perlu dilakukan semasa mendidik, mengasuh dan mengajar anak kecil.

Pasti ada juga dalam kalangan ibu ayah yang kekok untuk membesarkan anak kerana ini adalah pengalaman pertama mereka.

Pada satu saat, timbul masalah parental anxiety apabila kita tidak dapat memahami proses perkembangan dan keadaan psikologi anak.

Buku poket ini ditulis khas oleh ahli psikologi perkembangan untuk ibu ayah dalam membantu ibu ayah memahami setiap komponen perkembangan anak dari lahir hingga mereka berumur 6 tahun.

_____________________________________________________________________

Sinopsis Buku Poket Kanak-kanak & Remaja


Buku ini adalah untuk ibu ayah yang mungkin sedang melalui waktu sukar melindungi dan membimbing anak yang semakin laju mengejar usia dewasanya. Sedangkan ibu ayah itu sendiri semakin hari semakin lemah langkahnya.

Buku ini juga untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami kepayahan seorang anak yang di bahunya berat dengan harapan keluarga. Sedangkan hatinya sendiri masih gugup melihat ke hadapan.

Buku Poket Kanak-kanak & Remaja ini ditulis khas oleh ahli psikologi perkembangan untuk membantu masyarakat terutamanya ibu ayah dan guru dalam proses memahami krisis perkembangan anak berumur 7 hingga 18 tahun.

Ambil tahu perkembangan fizikal, emosi dan tingkah laku anak. Anak yang gembira adalah anak yang mempunyai psikologi yang sihat.



Lihat butiran penuh

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)