Jejak-Jejak Pencerahan Umat (Softcover)
Jejak-Jejak Pencerahan Umat (Softcover)
Jejak-Jejak Pencerahan Umat (Softcover)
Jejak-Jejak Pencerahan Umat (Softcover)
Jejak-Jejak Pencerahan Umat (Softcover)
Jejak-Jejak Pencerahan Umat (Softcover)
Jejak-Jejak Pencerahan Umat (Softcover)
Jejak-Jejak Pencerahan Umat (Softcover)

Jejak-Jejak Pencerahan Umat (Softcover)

Regular priceRM45.00 MYR
/

  • In stock, ready to ship
  • Inventory on the way








Memoir Kenangan Jejak-jejak Pencerahan Umat di Jalur Dakwah, Pendidikan dan Politik berfokus kepada gagasan islah dan tajdid Islam yang marak di tanah air mulai dekad 70-an. Penulis telah terlibat dalam proses tersebut setelah menerima pendidikan Islam formal dan tidak formal di dalam dan di luar negara. Penulis aktif dalam PKPIM, ABIM dan WADAH, antara tiga gerakan dakwah penting yang telah memberi sumbangan bermakna dan tersendiri terhadap proses yang menatijahkan fenomena “Kebangkitan Islam” di Malaysia hari ini. Impaknya telah menyebabkan berlakunya transformasi sosial yang telah berjaya mencerna Islam sebagai satu cara hidup. Sesungguhnya, PKPIM dan ABIM sangat berperanan dalam mengisi makna dan program Islamisasi dalam aspek agama, pendidikan, perundangan, ekonomi, sosial hatta dalam bidang politik.


Selain itu, ABIM juga telah berfungsi sebagai jurubicara umat bagi memenuhi perintah al-Quran dan al-Sunnah. Selanjutnya, penulis telah berijtihad memasuki jalur politik bagi menegakkan kebenaran dan keadilan. Setelah berada selama dua dekad dalam bidang politik, penulis telah berpeluang memperjuangkan nilai-nilai universalisme Islam menerusi jalur Parti keADILan yang bersifat majmuk bangsa dan agama. Sesungguhnya, ini adalah satu eksperimen yang unik. Pokoknya, dalam dasawarsa tujuh dekad ini, banyak warna-warni kehidupan dapat dimaknai bagi menjadi seorang insan yang bermanfaat untuk diri, masyarakat dan umat.








Penulis : Dr. Muhammad Nur Manuty

Penulis:

ISBN:

Muka Surat:

Bahasa:

Cetakan:

Format:

24-48 jam - Pesanan akan dipos

3-4 hari - Tempoh masa penghantaran pihak kurier untuk Semenanjung Malaysia.

Produk lain yang sesuai untuk anda