Langkau ke maklumat produk
1 daripada 10

Islam dan al-Hadith: Dialog bersama Kassim Ahmad

Islam dan al-Hadith: Dialog bersama Kassim Ahmad

Harga biasa RM30.00 MYR
Harga biasa Harga jualan RM30.00 MYR
Jualan Habis dijual

Buku ini ditulis untuk menjawab buku tulisan  Kassim Ahmad iaitu "Hadis: Satu Penilaian Semula" di samping berhasrat memasyarakatkan ilmu al-Hadith kepada umum. Semoga kekeliruan dan salah faham yang telah wujud ekoran daripada penerbitan buku tersebut sedikit sebanyak dapat dibanteras menerusi penyediaan buku ini


--

Pada amnya, buku ini terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian pertama: al-Hadith dari perspektif ilmu Islam, termasuk keperluan untuk memahami Bahasa Arab, serta kajian ke atas al-hadith yang pernah dibuat oleh para orientalis. Selain itu pembabitan Kassim Ahmad dalam konteks pengajian Islam dan al-Hadith turut diberi penilaian dan penjelasan.

Bahagian kedua: Pembentangan hujah dari segi metodologi, sumber autoriti dan sejarah pengumpulan al-Hadith bagi menolak buku:"Hadith: Satu Penilaian Semula". Bahagian ini mengandungi catatan-catatan daripada dialog yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, pada 28hb. Jun 1986, anjuran Angkatan Belia Islam malaysia (ABIM), bagi memperkatakan sikap dan pendapat Kassim Ahmad.

Bahagian ketiga: Hemat pandangan dan renungan terhadap novel "Satanic Verses", oleh Salman Rushdi, yang berguna bagi memahami persekitaran dan perlakuan yang selama ini telah wujud bertujuan untuk mencemar peribadi dan autoriti Rasulullah SAW.

Semoga kekeliruan dan salah faham yang telah wujud ekoran daripada penerbitan buku tersebut sedikit sebanyak dapat dibanteras menerusi penyediaan buku ini.

Selamat membaca!

Lihat butiran penuh