Langkau ke maklumat produk
1 daripada 9

Ayah

Ayah

Harga biasa RM32.00 MYR
Harga biasa RM32.00 MYR Harga jualan RM32.00 MYR
Jualan Habis dijual

Satu catatan pengalaman daripada seorang anak, Irfan Hamka untuk ayahnya Buya Hamka. Pelbagai kisah suka duka Irfan Hamka bersama-sama almarhum ayahnya sejak kecil, remaja, dewasa, berkeluarga sehingga saat ayahnya meninggal dunia, dikongsi dalam buku ini.


--

Saudara Irfan Hamka, putera kelima daripada 10 bersaudara puteraputeri Buya H. Abdul Malik Karim Amrullah (7 lelaki, 3 perempuan), dalam usia 71 tahun ingin menerbitkan kembali sebuah buku dengan judul, Ayah....


Dalam buku ini, saudara Irfan tidak membahas Buya Hamka sebagai ulama, sasterawan, cendekiawan, atau pemimpin masyarakat, tetapi mengenang beliau sebagai manusia yang dicintai isteri, anakanak, keluarga, murid-murid, dan sahabat-sahabatnya. Kenang-kenangan sepanjang 33 tahun yang penuh peristiwa menarik itu dimulakan sejak beliau berusia lima tahun (1948, zaman serangan II) hingga 1981, tahun
meninggalnya Buya Hamka. Melalui sudut pandang ini, dimensi peribadi Buya Hamka dapat kita kenal dengan lebih akrab.


Buku ini dimulakan dengan mengenang tiga nasihat Buya Hamka yang disampaikan, baik kepada jemaah di pengajiannya atau yang secara khusus datang ke rumah. Lalu, rentetan peristiwa semasa saudara Irfan masih kecil, mulai daripada ayahnya sebagai pejuang, pindah ke Jakarta, mengajar anak-anaknya mengaji, hingga cara Buya menurunkan ilmu silatnya kepada Irfan, dikisahkan dengan terperinci dan memikat, yang ternyata kelak sangat berguna di zaman runtuhnya Orde Lama (Orde Lama merujuk kepada masa pemerintahan Presiden Soekarno), sehingga Irfan terpilih menjadi Komandan Batalion Di Panjaitan, Askar Arif Rahman Hakim dari Angkatan 66.


Cerita berterusan dengan rakaman pengalaman perdamaian dengan makhluk halus iaitu jin, yang bukan main-main. Kemudian disusul cerita perjalanan Buya Hamka menunaikan haji dengan kapal laut Mae Abeto
(1968), lalu perjalanan darat Baghdad-Makkah dengan kereta sepanjang 6 000 kilometer yang sungguh mendebarkan.


Yang mengharukan pula adalah kisah-kisah Ummi Hajah Siti Raham binti Rasul St. Rajo Endah (isteri Buya Hamka) dengan anak-anak dan keluarga. Dikisahkan pula bagaimana kebiasaan Buya membaca buku dan menulis karangan, serta interaksi dengan umat dan jemaah masjid al- Azhar, Kebayoran Baru, yang waktu itu baru siap didirikan. Kita akan membaca tentang tahanan paksa Buya selama dua tahun empat bulan, yang merupakan fitnah politik Parti Komunis Indonesia (PKI) yang keji tanpa bukti (1964), dan bagaimana Buya menghadapinya. Sementara kisah mengimamkan solat jenazah Bung Karno serta menghantarkan jenazah Mohammad Yamin ke Talawi sangat mengharukan kita. Tidak lupa juga diselitkan cerita kucing berbulu kuning yang setia dan sangat disayangi di rumah, sehingga kucing tersebut menjadi tua dan berumur seperempat abad, dan kelihatan termenung sedih ketika jenazah Buya dibawa ke tanah perkuburan. Saya menyampaikan ucapan selamat kepada adinda Irfan Hamka dengan terbitnya buku ini. Semua yang ditulis oleh adinda Irfan ini mengukuhkan kesimpulan kita betapa Buya berjiwa besar, pemaaf, dan berlapang dada, sehingga sangat wajar kita teladani.

Lihat butiran penuh

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
K
Khurzaimah Daud

very good