Skip to product information
1 of 8

Profesor Mama with Iman & Nani: Mama Got Promoted

Profesor Mama with Iman & Nani: Mama Got Promoted

Regular price RM15.90 MYR
Regular price Sale price RM15.90 MYR
Sale Sold out

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Membina karakter dan jati diri anak perlu bermula dari peringkat awal.

Disaat lahir anak akan diazan dan diqamatkan dikedua-dua telinga mereka. Kemudian dididik dengan asuhan yang penuh dengan kasih sayang.

Sampai ke peringkat remaja, anak-anak mula terdedah dengan dunia luar. Pelbagai masalah mula timbul.

Dimana silapnya?

Kita lupa untuk menjadikan diri kita (ibu bapa) sebagai role model pada anak kita. Hero mereka semasa kecil adalah karakter superhero dikaca tv.

Bila meningkat remaja, superhero diganti dengan artis-artis yang tidak senonoh kelakuannya. Mereka tidak biasa memandang tinggi pada ibu bapa.

Kita lah yang sepatutnya menjadi superhero anak kita.

Dengan segala masalah sosial yang semakin meningkat, Buku Profesor Mama cuba menengahkan ibu sebagai hero atau contoh kepada anak-anak, bukan menjadik karakter-karakter superhero atau artis sebagai sumber ikutan.

Buku ini dipenuhi dengan mesej-mesej moral yang baik sebagai didikan awal kanak-kanak. Karakter Iman dan Nani yang memandang tinggi mama mereka diharap dapat menjadi sumber inspirasi anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai hero mereka.

Untuk Siri pertama Mama Naik Pangkat ini, penceritaannya bermula dengan Mama menganggap dirinya tidak layak digelar sebagai profesor. Namun Iman dan Nani tetap berkeras. Apakah usaha Iman dan Nani untuk meyakinkan Mama agar bersetuju dengan gelaran tersebut?

View full details