Skip to product information
1 of 1

Kombo Pesanan 3 Bonda

Kombo Pesanan 3 Bonda

Regular price RM45.00 MYR
Regular price RM54.00 MYR Sale price RM45.00 MYR
Sale Sold out

Kombo Pesanan 3 Bonda terdiri daripada 2 buah buku iaitu:
1. Laluan Mudah ke Syurga Tanpa Hisab Tanpa Azab
2. Bertuahnya Orang Berilmu

3 Bonda mengambil nama daripada 3 orang penulis buku tersebut iaitu Hajah Aminah Zakaria, Che Radhiah Mezah & Normah Mohd Ariff.

Sinopsis Laluan Mudah ke Syurga Tanpa Hisab Tanpa Azab

  • Laluan Mudah ke Syurga Tanpa Hisab Tanpa Azab merupakan sebuah buku yang mengandungi beberapa ayat al-Quran, hadith, dan teks lain yang dapat memandu pembacanya dalam melaksanakan amalan dan ibadat kepada Allah SWT sekali gus melayakkan mereka ke syurga tanpa hisab dan tanpa azab. 
  • Terdapat enam bab dalam buku ini yang memperkatakan tentang nikmat syurga, kunci syurga, golongan yang akan ke syurga, orang yang dijanjikan syurga dan sifat-sifat yang dimiliki oleh penghuni syurga. Meletakkan syurga sebagai destinasi yang diimpikan oleh semua manusia, buku ini boleh menjadi panduan yang mudah dan senang untuk difahami oleh para pembaca.
  • Antara yang menarik dalam buku ini ialah bagaimana ketaatan dan kepatuhan terhadap lima Rukun Islam mampu membawa kita ke syurga serta amalan-amalan lain yang boleh dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan ini.

Sinopsis Bertuahnya Orang Berilmu

  • Buku ini mengandungi huraian yang merangkumi hakikat ilmu, kepentingan ilmu dan jenis ilmu. Juga dimuatkan niat, syarat dan adab serta hukum menuntut ilmu. Terdapat juga kisah-kisah tentang beberapa orang nabi dengan kelebihan ilmu masing-masing dan kisah benar berkaitan ilmu.
  • Penulisan yang ringkas dan mudah untuk pembaca memahami akan kandungan yang disediakan. Beberapa puisi Imam Syafie tentang ilmu juga ada dikongsikan dalam buku ini. Selain buku, penulis menjadikan al-Quran dan hadith sebagai sumber utama dalam menyokong setiap penulisan mereka.
    View full details

    Customer Reviews

    Be the first to write a review
    0%
    (0)
    0%
    (0)
    0%
    (0)
    0%
    (0)
    0%
    (0)