Skip to product information
1 of 12

Fikrah Siddiq Fadzil: Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam

Fikrah Siddiq Fadzil: Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam

Regular price RM50.00 MYR
Regular price RM50.00 MYR Sale price RM50.00 MYR
Sale Sold out
Material

Buku Fikrah Siddiq Fadzil: Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam merupakan himpunan cetusan apresiasi mendalam penulis terhadap kehadiran Islam ke Alam Melayu yang dianggapnya sebagai sebuah anugerah Allah S.W.T. yang amat berharga. Menyedari bahawa khazanah yang ditinggalkan Islam belum sepenuhnya dimanfaatkan oleh umat manusia maka di sinilah bermulanya pena Siddiq Fadzil beraksi merakamkan seluruh naratif berhubung dengan sejarah kedatangan, penyebaran Islam di rantau Alam Melayu.

Sebagai seorang Ilmuwan dalam pelbagai bidang ilmu di samping sarjana dalam bidang budaya, bahasa dan sastera, beliau telah mencurahkan pemikirannya dalam bingkai Islam sebagai raḥmatan lil-‘ālamīn, yang memanusiakan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Kehadiran Islam terhadap manusia menerusi proses taḥrīrī: bebas daripada sebarang perhambaan, kecuali menghambakan kepada Allah, diikuti dengan proses tanwīrī, yakni pencerahan nilai-nilai Islam menerusi penguasaan ilmu dan proses taghyīrī, yakni perubahan sikap dengan memperbaiki diri menerusi usaha dan tindakan.

Atas bingkai inilah, sebanyak empat puluh dua bab dihurai dan dibahas beberapa persoalan dan isu yang dihadapi dalam empat tema: pertama, Pertumbuhan Budaya Islam dan Peranan Para Ilmuwan; kedua, Pemerkasaan Bahasa, Sastera, Budaya dan Transformasi Sosial; ketiga, Islam dan Isu-isu Politik dan keempat, Cabaran dan Harapan.

View full details

Customer Reviews

Based on 2 reviews
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
M
MOHD SAAD BIN HASHIM BIN HASHIM

Fikrah Siddiq Fadzil: Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam

A
AZIZI ABD MUAAIN

Menarik di pembahagian bab yang dimasukkan dalam buku ini.