Skip to product information
1 of 9

Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu

Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu

Regular price RM320.00 MYR
Regular price Sale price RM320.00 MYR
Sale Sold out

Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu menghimpunkan hasil penyelidikan yang merangkumi pelbagai aspek kejuruteraan yang membentuk peradaban di alam Melayu. Setiap dapatan dan catatan adalah hasil daripada penyelidikan saintifik yang turut melibatkan kerja kursus lapangan. Terdapat enam tema yang dibicarakan dalam buku ini iaitu:


--

Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu menghimpunkan hasil penyelidikan yang merangkumi pelbagai aspek kejuruteraan yang membentuk peradaban di alam Melayu. Setiap dapatan dan catatan adalah hasil daripada penyelidikan saintifik yang turut melibatkan kerja kursus lapangan. Terdapat enam tema yang dibicarakan dalam buku ini iaitu:

Pemikiran
Topik-topik di bawah tema Pemikiran mengupas ontologi dan kosmologi Islam yang membuahkan kretiviti, seni, reka bentuk bitara dan khusus dengan ciri tertentu. Kepelbagaian ciri reka kejuruteraan ini bertitik tolak daripada tamadun-tamadun yang pernah singgah di perairan alam Melayu dengan mengekalkan aksiom Islam. Pemikiran saintifik dipersembahkan secara tuntas dan teliti serta menyentuh isu-isu semasa seperti kreativiti, inovasi dan produktiviti.

Agraria
Pertanian tradisi yang meliputi pembuatan dan alat yang digunakan adalah yang difokuskan dalam tema Agraria. Hubung kait antara teknologi dan alam semula jadi menghasilkan peralatan-peralatan yang dapat memudahkan kerja-kerja manusia. Letak duduk kerajaan awal alam Melayu di pinggir dan lembah sungai merupakan faktor utama tanah-tanahnya subur untuk akiviti pertanian. Kemahiran penghuni kerajaan awal alam Melayu amat berkait rapat dengan alam. Salah satunya dapat dibuktikan dengan kemahiran mereka dalam menyimpan makanan untuk jangka waktu yang panjang setelah mengambil kira aspek cuaca dan kelembapan persekitaran.

Pertukangan & Seni Bina
Unsur alam begitu ketara dalam mencorakkan seni bina dalam tema Pertukangan & Seni Bina. Pembinaan sesebuah bangunan dengan penggunaan teknologi tanpa paku, pengaliran udara dan cahaya menjadi dasar kukuh dalam kreativiti ini. Ciri reka bentuknya tidak ketinggalan terutamanya bagi kediaman orang Melayu yang ternyata secocok dengan keadaan iklim tropika. Antara ciri yang ditonjolkan adalah penyejukan atau pengudaraan semula jadi, peneduhan, keselamatan dan keamanan. Sebagai contoh, pembinaan kaki tiang rumah tradisi Melayu adalah untuk berlindung daripada bencana seperti banjir ataupun ancaman binatang buas.

Seni Kreatif
Ciri reka dan cipta dalam budaya kehidupan yang berkait dengan alam dibongkar dalam tema Seni Kreatif. Keindahan flora dan fauna digarap bukan sahaja dalam penciptaan seni sastera seperti pantun, syair, seloka dan gurindam tetapi juga dalam bentuk penampilan seseorang. Kemahiran penghuni kerajaan awal alam Melayu dalam berbusana dan berhias dapat dilihat dengan jelas apabila mereka peduli tentang status dan darjat si pemakai. Kemahiran tukang ukir juga tidak dapat dinafikan. Kreatifnya mereka, penghasilan seni ukir adalah berdasarkan unsur alam dengan motif utama dan reka corak yang saling berturutan, yang tentunya mengutamakan keindahan.

Bela Diri & Pertahanan
Penggunaan senjata, sama ada yang diperbuat daripada kayu, buluh, rotan, logam ataupun besi membantu penghuni kerajaan awal alam Melayu dalam sesebuah pertempuran. Kedatangan penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris menjadi bukti bahawa penghuni kerajaan awal alam Melayu ini hebat dalam bertempur, juga dalam menghasilkan alat tempur. Pandai besi, orang yang bertanggungjawab dalam menghasilkan alat-alat tempur daripada besi ini walaupun tidak turut serta di medan pertempuran, menggambarkan semangat patriotisme dalam diri mereka ketika pembuatan alat tempur. Seni silat pula menjadi penanda aras bahawa alam Melayu juga turut mempunyai seni mempertahankan diri yang tersendiri.

Pengangkutan
Bertitik tolak daripada pemilihan kawasan perairan dan lembah sungai sebagai tempat kediaman, pengangkutan laut menjadi tunjang utama dalam tema Pengangkutan. Pembuatan pelbagai jenis kapal dan perahu dengan pelbagai juga fungsi telah menjadikan laut sebagai kolam renang bagi penghuni kerajaan awal alam Melayu sehingga mereka mampu mengembara sehingga ke Madagaskar dan Afrika Selatan.

View full details