Skip to product information
1 of 7

Bingkisan untuk Teman 2

Bingkisan untuk Teman 2

Regular price RM 36.00
Regular price Sale price RM 36.00
Sale Sold out

Bingkisan Untuk Teman 2 (BUT-2) merupakan sambungan rangkuman pengalaman pengarang ketika menjalankan amanah sebagai penjawat awam yang ditandai dengan pengkaryaan artikel-artikel separuh ilmiah.

Ia adalah kesinambungan daripada buku Bingkisan Untuk Teman (BUT) yang pertama yang diterbitkan pada tahun 2019 semasa pengarang menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.

Nukilan yang dimuatkan pada edisi kali ini membicarakan komentar pandangan dan persepsi pengarang terhadap dunia pendidikan melalui perbincangan yang terhad kepada kemampuan dan batas ilmu yang dimiliki oleh pengarang.

BUT-2 ini juga turut memuatkan ucapan-ucapan pengarang dalam pelbagai platform pada posisi kepimpinan tertentu yang merupakan buah fikir untuk tempoh sejurus sebelum, semasa dan selepas pandemik COVID-19 yang melanda negara untuk tempoh lebih dua tahun yang lalu.

Selain itu, buku ini juga memuatkan nota-nota ucapan perpisahan daripada rakan-rakan pengarang apabila beliau melangkah keluar bertukar ke sekolah yang baharu. Ringkasnya, buku ini merupakan sebahagian memori yang ingin diabadikan oleh pengarang.

Maklumat Buku

PenulisMd. Fiah Md. Jamin
ISBN9789672998853
BahasaBahasa Melayu
FormatPaperback (Softcover)
CetakanHitam Putih
Jumlah Halaman400
Tahun Terbitan2022
Dimensi10 x 7 in
View full details

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)