Sejauh mana
anak anda bersedia

untuk masa depan yang lebih mencabar?

Ini tawaran kami untuk pendidikan anak anda yang lebih baik.

Dunia semakin mencabar. Banyak pekerjaan baru yang kita tidak dengar 5 tahun dahulu mula muncul. Universiti juga tidak mampu menyediakan graduan untuk mengisi keperluan baru industri. Apa yang dipelajari anak anda hari ini, mungkin sudah tidak relevan 20 tahun akan datang.

Sistem pendidikan kita juga tidak mampu mengejar permintaan pasaran walaupun silibus dikemaskini setiap 5 tahun.

Malah graduan kita juga ramai yang mengangur. Elon Musk dalam satu temuramah ada menyebut banyak pekerjaan yang akan digantikan dengan mesin seperti robot dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence).

Peguam dan akauntan juga antara pekerjaan yang sebenarnya sudah mula terjejas. Suasana ini sudah berlaku sekarang pada skala kecil.

Jadi apa yang boleh kita lakukan?