Kedudukan seorang ibu mendahului seorang ayah

Kedudukan seorang ibu mendahului seorang ayah

Dalam meraih keredhaan Allah, jangan kita lupa untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana perbuatan berbuat baik kepada ibu bapa ini berkaitan dengan keredhaan Allah. Saiyidina Abdullah ibn Amru pernah meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah S.A.W yang menjelaskan;

رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ

“Keredaan Allah tergantung pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah tergantung pada murka ibu bapa.”


(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

 

Namun begitu, dalam berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, seorang anak perlu melebihkan kedudukan seorang ibu berbanding seorang ayah.

Kenapa?

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W:

‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?’’.

 

Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

 

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

 

Maksudnya:

Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

- Riwayat Muslim (2548)

 

Berdasarkan hadis Riwayat Muslim (2548) menunjukkan bahawa dalam berbuat baik kepada kedua ibu bapa, seorang anak perlu mengutamakan seorang ibu kerana disebut sebanyak tiga kali oleh Rasulullah S.A.W. barulah diikuti oleh ayah.

Oleh itu, kita haruslah berbuat baik, berlemah-lembut, merendahkan diri di hadapan mereka, mengasihi, memuliakan dan mentaati mereka dalam hal-hal yang makruf.

Semoga dengan keredhaan daripada kedua ibu bapa ini menjadi asbab kepada kita untuk mendapat keredhaan Allah dan perjalanan kehidupan kita dimudahkan oleh Allah S.W.T.

Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/

Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.