Melayu dan Amalan Tahyul dalam Novel Tuan Direktur oleh HAMKA

Melayu dan Amalan Tahyul dalam Novel Tuan Direktur oleh HAMKA

Mempercayai perkara-perkara tahyul atau khurafat adalah syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah SWT. Apatah lagi mengamalkannya. Ia bercanggah dengan akidah Islam.

Namun, dalam karya-karya HAMKA yang diterbitkan sekitar separuh abad ke-20, masih ada masyarakat Melayu di Nusantara yang mempercayai benda-benda tahyul.

Novel Tuan Direktur tahun 1979 karya Buya HAMKA telah menghidangkan kita kisah tentang tahyul yang diamalkan dalam perniagaan oleh masyarakat di Nusantara seperti mempercayai makhluk halus dan bomoh. Kepercayaan ini meruntuhkan akidah dan menyimpang daripada ajaran Islam. 

Sebagai Muslim, kita hendaklah taat dan percaya kepada Allah SWT. Jika dalam perniagaan, kita perlu meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah SWT. Allah SWT telah menjamin setiap manusia akan mendapat rezeki masing-masing.

Rezeki sebenarnya adalah kurniaan Allah SWT.

"Allah-lah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, kemudian mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali). Adakah di antara yang kamu sekutukan dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuatu dari yang demikian itu? Maha Sucilah Dia dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan."

 (Surah Ar-Rum, ayat 40)

HAMKA menasihatkan masyarakat Melayu melalui penulisan novel Tuan Direktur agar tidak mempercayai amalan tahyul dengan ungkapan:

“Yang amat mencelakakan perniagaan ialah kalau sekiranya kita percaya kepada tahyul. Kita tidak boleh percaya itu”.

(HAMKA, 1979:9)                                                                                

Kebebasan daripada amalan kepercayaan tahyul ini antara salah satu perjuangan pembebasan akidah yang diutarakan oleh HAMKA. Terdapat 14 lagi pembebasan akidah lain yang diperjuangkan dimuatkan dalam buku HAMKA dan Misi Pembebasan.

Dapatkan buku ini di: https://arasmega.com/products/hamka-misi-pembebasan

Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.