Kisah Perang Khaibar sempena Hari Guru

Kisah Perang Khaibar sempena Hari Guru

Tugas guru sangat mulia. Guru membimbing manusia mendapatkan hidayah atau petunjuk jalan hidup.

Berapa ramaikah anak murid yang telah menemui hidayah melalui usaha-usaha daripada seorang guru? Berapa ramaikah anak didik yang tidak kenal auratnya, tidak tahu membaca al-Qurannya, tidak cinta pada solatnya jauh dari Tuhannya, kemudian menjadi tahu hasil dari sedikit usaha manusiawi bergelar guru?

Hayati kisah ini.

 Kisah ketika dalam peperangan Khaibar.

Rasulullah bersabda, "Sungguh, aku akan memberikan panji ini kepada seorang pemuda yang diberikan kemenangan melaluinya, dia mencintai Allah SWT dan Rasul, dan Allah SWT dan Rasul pun mencintainya."

 

Sahl berkata: Maka pada waktu malam, para sahabat membicarakan siapakah di antara mereka yang akan diberikan bendera itu.

 

Sahl berkata: Ketika waktu pagi, orang-orang hadir dalam majlis Rasulullah SAW. Masing-masing dari mereka sangat mengharapkan untuk menjadi orang yang diberikan bendera itu. Kemudian, Nabi SAW bersabda, "Di manakah Ali bin Abi Thalib?"



Mereka menjawab, "Wahai Rasulullah, dia sedang menderita sakit mata."

 

Sahl berkata: Mereka pun diperintahkan untuk menjemputnya. Kemudian, dia pun didatangkan lalu Rasulullah SAW meludahi kedua matanya dan mendoakan kesembuhan dan Ali dikurniakan kesembuhan sehingga seolah-olah tidak menderita sakit sama sekali sebelumnya.

 

Maka, beliau pun memberikan bendera itu kepadanya.

 

Ali berkata, "Wahai Rasulullah SAW, apakah saya harus memerangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita?".

 

Baginda menjawab, "Berjalanlah dengan tenang, sampai kamu tiba di sekitar wilayah mereka. Lalu serulah mereka untuk masuk Islam dan khabarkan kepada mereka hak Allah SWT yang wajib mereka tunalkan.



Maka, demi Allah SWT, sekiranya Allah SWT memberi hidayah kepada seorang sahaja (kerana dakwah) melalui diri mu, (itu) adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu memiliki unta-unta merah."

 

Para sahabat Rasulullah SAW begitu teruja dengan tawaran dan habuan 'unta merah' jika seseorang itu mendapat hidayah dengan usaha mereka.

Dipetik daripada buku Rahsia Jutawan Akhirat, karya Mohd Tajudin Jamaludin.

Dapatkan di https://arasmega.com/products/rahsia-jutawan-akhirat.

Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.