Pemikiran yang dikuasai oleh hawa nafsu akan bertindak melulu. Watak Hayati dalam novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck diketengahkan oleh HAMKA sebagai watak yang dipengaruhi hawa nafsu dalam episod dia berpakaian seksi dengan berkebaya yang menampakkan dada dan mendedahkan rambut dalam satu majlis keramaian di Padang Panjang. Lalu Zainuddin menulis surat kepada Hayati dengan kata-kata pencerahan dan pendidikan:
Kekanda percaya bahawa yang demikian bukan kehendak Hayati yang sejati, Hayati hanya terturut kepada kehendak perempuan zaman kini. Mereka katakan itulah kemajuan, padahal kemajuan jauh dari itu. Apakah tujuan kemajuan itu kepada perubahan pakaian sampai begitu, Hayati? - (HAMKA, 2004b: 106)
Dalam surat ini, Zainuddin merasionalkan dan membebaskan diri Hayati daripada kongkongan hawa nafsu dengan mengatakan bahawa itu bukanlah diri Hayati yang sebenar tetapi hanyalah pengaruh persekitaran terhadap Hayati. Zainuddin meminta Hayati kembali kepada pakaian sopan kerana berpakaian seksi itu bukanlah tanda kemajuan dan pemodenan.
Dipetik dari buku HAMKA dan Misi Pembebasan.
Dapatkan buku ini di: https://arasmega.com/products/hamka-misi-pembebasan