Semua orang mengimpikan pengakhiran mereka nanti akan masuk ke syurga. Ditempatkan ke syurga bermaksud mendapat tempat terbaik yang abadi di alam baqa'.
Perlu kita sedar bahawa, syurga itu sangat mahal dan syurga itu ada pintu-pintunya. Hanya orang yang memiliki kunci-kuncinya sahaja dapat membuka dan melaluinya.
Apakah kunci-kunci tersebut?
Dalam beberapa hadith Rasulullah SAW, ada TIGA kunci utama syurga.
1. Bersaksi tiada Tuhan selain Allah SWTRasulullah SAW bersabda:
مِفْتَاحُ اْلجَنَّةِ شَهَادَةٌ أَنْ لَا إِلهَ إلَّا الله
Terjemahannya: Kunci syurga adalah bersaksi tiada Tuhan selain Allah.
(Riwayat Ahmad)
2. Mendirikan solat
Daripada Jabir bin Abdullah RA, Rasulullah SAW bersabda:
مِفْتَاحُ اْلجَنَّةِ اَلصّلَاةُ
Terjemahannya: Kunci syurga adalah solat.
(Riwayat at-Tarmizi)
3. Mencintai fakir miskin
Rasulullah SAW bersabda:
وَمِفْتَاحُ اْلجَنَّةِ حُبُّ اْلمَسَاكِيْنِ وَاْلفُقَرَاء
Terjemahannya: Dan kunci syurga adalah mencinta fakir-miskin.
(Riwayat Ibnu Umar)
Kunci untuk memasuki syurga yang diidamkan oleh setiap hamba Allah SWT perlulah meyakini dengan sebenarnya akan dua kalimah syahadah yang diucapakan, melaksanakan solat dengan sempurna, dan memperbaiki solat dengan sempurna dan memperbaiki hubungan dengan fakir miskin.
Dipetik daripada buku Laluan Mudah Ke Syurga Tanpa Hisab Tanpa Azab oleh Hajah Aminah Zakaria, Che Radhiah Mezah & Normah Mohd Ariff.
Dapatkan di sini -> https://arasmega.com/products/laluan-mudah-ke-syurga