Membina akhlak. Satu pandangan

Membina akhlak. Satu pandangan

Generasi terbaik dibina akhlaknya dengan kasih sayang, bukan dengan marah-marah. Mustahil untuk kita bayangkan Rasulullah S.A.W. bersifat pemarah, panas baran, membebel dan sebagainya.

Jadi mengapa kita menjadikan marah dan rotan sebagai satu kaedah membina akhlak anak-anak?

Agak pelik dalam kita mengajar anak-anak "Ramadan ini kita kena tahan marah" tapi kita sendiri sekejap selepas itu memarahi mereka.

Anak-anak keliru. Mana yang betul?

Kita mahu anak-anak untuk tidak tantrum, mudah diurus, dengar cakap. Tetapi kita juga marah, kita juga tidak terurus, kita juga tidak dengar apa yang mereka ceritakan.

Akhlak adalah untuk dicontohi. Bukan hanya untuk diceritakan atau diajar.

Anak ikut apa yang kita lakukan. Apa yang anak sebutkan dan lakukan adalah apa yang biasa mereka dengar dan mereka lihat.

Ramadan ini kita ambil peluang keberkatan yang diberikan, memohon doa supaya kita tidak lagi menjadi manusia yang pemarah.

Banyak waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Gunakan masa ini sebaik mungkin untuk kita berdoa memohon pertolongan kepada Allah S.W.T untuk menjadi insan yang lebih baik.

#ramadanYangLebihBaik


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.