Selamat Ulang Tahun ke-35 Aras Mega (M) Sdn Bhd

Selamat Ulang Tahun ke-35 Aras Mega (M) Sdn Bhd

Keberadaan kami dalam dunia penerbitan ini sudah masuk tahun ke 35.


Selamat Ulang Tahun ke-35 Aras Mega (M) Sdn Bhd.

Bermula dengan menerbitkan buku kanak-kanak, kemudian berkembang dengan menerbitkan buku bacaan umum, pembekalan buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia dan kini selaras dengan peredaran masa, kami mampu menerbitkan buku yang dilengkapi teknologi Augmented Reality (AR).

Kami juga telah mempunyai ejen jualan kami sendiri di seluruh Malaysia menerusi program dropship buku.

Tak terkira bilangan buku yang telah kami terbitkan setiap tahun dan kami mempunyai peminat buku serta pelanggan tetap yang tersendiri.

Buku-buku terbitan kami mempunya pelbagai genre dan meliputi kesemua peringkat usia, daripada kanak-kanak sehinggalah ke dewasa.

Sebenarnya, banyak kisah dan cabaran dalam dunia penerbitan ini. Banyak ilmu tentang penerbitan buku yang akan kami kongsikan kepada masyarakat.

Nantikan....

Semoga kami akan terus cemerlang dan maju jaya.

#35tahunArasMega

Kembali ke blog