Selamat Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

Selamat Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
Ada pencinta buku sukakan kisah-kisah cinta, membuai rasa, menyentuh jiwa.
Ada pencinta buku sukakan madah-madah puisi, sajak, kata-kata indah.
Ada pencinta buku sukakan kisah-kisah seram hingga tak senang duduk, meremang bulu roma seperti sang lembaga benar-benar berada di sebelahnya.
Apa pun yang anda baca, tidak kira buku kanak-kanak, novel, buku misteri hingga ke kisah sejarah dunia, ia mampu mengubah hidup dan persepsi pemikiran kita.
Tahukah anda, Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia telah dianjurkan oleh Pertubuhan Pelajaran, Saintifik, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ini disambut di seluruh dunia pada 23 April, sebagai tanda sokongan kepada budaya membaca, penerbitan dan hak cipta tempatan.
Bahkan Allah SWT menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibrail A.S iaitu dalam surah al-‘Alaq, Allah SWT berfirman:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥﴾
Maksudnya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Surah al-‘Alaq (1-5)
Selamat Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 
23 April 2022