Sambutan Ulang Tahun ke-35 Aras Mega meriah!

Sambutan Ulang Tahun ke-35 Aras Mega meriah!

Disediakan oleh: NURUL HANA YAACOB, Editor Bahan Digital


Mengangkat tema ‘Menerajui Penerbitan Keilmuan’ entiti Syarikat Aras Mega (M) Sdn Bhd kekal utuh dan unggul hingga kini mengorak selangkah lagi ke arah dunia digital seiring usia 35 tahun penubuhannya.

Sambutan Ulang Tahun ke-35 yang dianjurkan ini sebagai komitmen syarikat dalam menghargai sokongan pekerja yang menabur bakti sebagai tonggak utama berdiri gah selama ini serta para penulis yang menyokong industri penerbitan kami.

Bermula daripada buku-buku prasekolah, menerbitkan buku teks KBSR dan KBSM, majalah Aulad kanak-kanak hingga buku-buku bacaan umum, kini AMSB mempunyai animasi sendiri dan semakin berkembang ke arah platform digital.

Dalam pada itu, AMSB turut meluncurkan buku terbaharu bertajuk Fikrah Siddiq Fadzil: Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia dan diiringi oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abd. Rahman Bin Abd. Karem, Pengarah Urusan Aras Mega (M) Sdn Bhd.


Lebih menarik, acara turut diserikan lagi dengan penganugerahan sijil International Organization for Standardization (ISO) 9001:2015 yang disampaikan oleh Encik Muhammad Anwar Ilham Bin Muhammad Nazri, Pengurus Pembangunan Perniagaan selaku wakil daripada GH CERTIFICATION SDN BHD dan Encik Muhammad Zulfadhli bin Abd Rahman, Pengurus Besar Aras Mega (M) Sdn Bhd.

 

Aras Mega (M) Sdn Bhd kekal positif, optimis dan komited menjadi syarikat penerbitan buku pilihan ramai seterusnya menjadi pilihan nombor satu dihati pembaca.

Sebagai menghargai sokongan berterusan yang diterima kami akan terus berjuang dalam menghasilkan bahan bacaan bermutu dan mempunyai pengisian yang dapat membantu perkembangan minda serta sahsiah para pembaca, terutamanya kanak-kanak.

Kembali ke blog