Hari Kesihatan Sedunia sebagai Peringatan untuk Mensyukuri Nikmat Sebelum Terlambat

Hari Kesihatan Sedunia sebagai Peringatan untuk Mensyukuri Nikmat Sebelum Terlambat

Setiap hari kita sibuk dengan urusan harian, sehinggakan kadangkala terlupa untuk bersyukur dengan nikmat Allah. Nikmat kesihatan adalah yang paling kita lupa. Kita hanya bersyukur dengan rezeki, kekayaan, kemewahan.

Tapi, tahukah kita nikmat kesihatan adalah anugerah Allah yang paling besar?

Bila kita tidak boleh lagi makan makanan yang sedap-sedap, tidak boleh berjalan dengan sempurna, tidak boleh lakukan aktiviti biasa, barulah kita sedar. Mulalah kita salahkan diri kita dengan hari-hari yang lalu.

“Kalau aku jaga makan dulu, tak sakit macam ni, boleh aku pergi masjid”.

“Kalau aku sihat, aku akan banyak buat ibadat”.

“Bila dah sakit kaki ni, rindunya nak sujud di sejadah”.

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”

(Riwayat al-Bukhari)

Allah S.W.T kurniakan kepada kita tubuh badan dan anggota yang sempurna sejak lahir lagi. Oleh itu, kita wajib menjaga kesihatan bagi menjamin anggota badan kita berfungsi dengan baik.

Menjaga kesihatan sebenarnya bukan sekadar mengambil berat tentang pemakanan sahaja. Malah, melakukan ibadah juga memberikan kesan yang baik kepada kesihatan kita.

Salah satu amalan gaya hidup sihat yang boleh kita ikuti adalah dengan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh.

Bacaan yang terbaik untuk kita menelusuri rahsia dan manfaat ibadah terhadap kesihatan diri ialah melalui pembacaan buku yang dicadangkan seperti buku “Gaya Hidup Sihat Rasulullah S.A.W” karya Egha Zainur Ramadhani.

Buku ini boleh didapati di https://arasmega.com/products/gaya-hidup-sihat-rasulullah-s-a-w

Utamakan kehidupan yang sihat dan peliharalah kebersihan untuk kita perbanyakkan ibadah seharian.

Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2022.

Kembali ke blog