Kajang: Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SERI ABIM Sungai Ramal yang berlangsung pada 19 September 2022 meriah dengan pelbagai aktiviti berunsurkan patriotik.
Acara berlangsung ketika sesi perhimpunan pagi yang dihadiri oleh Encik Ahmad Saparuddin Yusup selaku wakil kepada Tuan Haji Abdul Rahman Abd Karem, Pengarah Urusan Aras Mega (M) Sdn. Bhd. sebagai penaja pertandingan sepanjang program berlangsung.
Pelbagai aktiviti dipertandingkan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini dan antaranya ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Menulis Esei Patriotik, Kuiz Sejarah dan Pertandingan Bercerita Kisah Patriotik.
Majlis turut diserikan lagi dengan aktiviti Bercerita Patriotik oleh adik Muhammad Addim Rayyan dari tahun 4 Zaid yang begitu bersemangat ketika menyampaikan persembahannya.
Program Bulan Kemerdekaan ini turut disertai oleh 1,050 pelajar dan 80 guru yang diketuai oleh Puan Rogayah Selbi selaku Guru Besar menyempurnakan majlis penutup.