Aras Mega diiktiraf Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aras Mega diiktiraf Pensijilan MS ISO 9001:2015

Disediakan oleh: Nurul Hana Yaacob

Sekalung tahniah diucapkan kepada Aras Mega (M) Sdn. Bhd. melakar sejarah buat pertama kali mendapat penganugerahan sijil MS ISO 9001:2015 oleh GH Certification Sdn. Bhd.

Kejayaan ini diperoleh selepas berjaya melepasi audit oleh syarikat tersebut dan pensijilan ini sah bagi tempoh tiga tahun bermula 2022.

Hal ini sekali gus menjadikan Aras Mega (M) Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang beriltizam mewujudkan perkhidmatan penerbitan buku yang berkualiti untuk pelanggan.

Aras Mega (M) Sdn. Bhd. bergerak proaktif menghasilkan penerbitan produk yang menepati kehendak pelanggan kerana mempunyai perancangan strategik, pelaksanaan yang efektif dan sokongan warga kerja yang cekap serta pemantauan yang teliti.

Syabas buat Aras Mega (M) Sdn. Bhd!
Kembali ke blog