Setujukah anda jika dikatakan kisah Tariq bin Ziyad membakar kapal perang Islam tidak benar?

Setujukah anda jika dikatakan kisah Tariq bin Ziyad membakar kapal perang Islam tidak benar?

Anda yang mengikuti sejarah pembukaan Islam di Andalusia pasti tahu kisah seorang gabenor Tanger, Tariq Bin Ziyad yang berbangsa Barbar telah membakar kapal-kapal perang Islam sebaik sahaja mereka berlabuh di Gibraltar.

Tariq bin Ziyad seorang pahlawan yang gagah, sangat berani dan mempunyai pengalaman perang yang banyak telah dilantik oleh Musa bin Nusair untuk mengetuai pasukan tentera.

Rata-rata orang percaya kisah beliau membakar kapal-kapal perang Islam benar-benar berlaku, namun ada sebahagian yang menganggap cerita tersebut hanyalah rekaan semata-mata. Kebenaran cerita ini masih menjadi topik perdebatan dan perbahasan dalam kalangan pengkaji dan pembaca sejarah Sepanyol.

Sejauh mana kebenarannya?

Adakah terdapat bukti yang dapat mengesahkan cerita tersebut?

Adakah kisah tersebut benar-benar berlaku atau hanya rekaan dan tuduhan daripada pihak Eropah sahaja?

Ada 3 perkara penting yang perlu diteliti melalui tindakan Tariq bin Ziyad yang dikatakan membakar kapal perang Islam ini.

  1. Tiada sumber yang boleh dipercayai mengikut kaedah Jarhwa Ta’dil.
  2. Tiada sebarang reaksi dan tindakan daripada pemimpin-pemimpin Islam lain tentang kisah tersebut.
  3. Hanya sumber-sumber sejarah Eropah sahaja yang menceritakan tentang kisah tersebut.

Jika diperhatikan, kisah kebakaran kapal perang Islam ini hanya diceritakan oleh sebelah pihak Eropah sahaja. Mereka seakan-akan tidak berpuas hati dengan kemenangan tentera Islam yang dianggap kemenangan ajaib bagi mereka.

Manakan tidak, perbezaan yang sangat ketara iaitu tentera Islam kita dengan kekuatan hanya 12, 000 orang yang ada boleh menang sewaktu perperangan dengan tentera Kristian Sepanyol berjumlah 100, 000 orang yang lengkap bersenjata.

Mereka cuba mencari sebab dan alasan sehinggakan hanya sumber-sumber sejarah Kristian sahaja yang menceritakan tentang kisah kebakaran kapal perang oleh Tariq bin Ziyad ini.

Jika diikutkan logik akal pemikiran kita sendiri pun, begitu mustahil bagi seorang pemimpin tentera yang hebat dan bijak seperti Tariq bin Ziyad untuk bertindak sedemikian dengan membakar kapal perang tentera Islam milik kerajaan.

“Islam tidak menganggap peperangan itu mesti dimenangi.”
“Bahkan al-Quran mengizinkan tentera Islam yang berperang untuk berundur jika bertujuan mengatur strategi”

Apa kata anda?

Dapatkan buku bertajuk “Seteguh Tembok Andalusia” tulisan Dr. Rosli Mokhtar di: https://arasmega.com/products/seteguh-tembok-andalusia

Kembali ke blog

Tinggalkan komen

Sila ambil perhatian, ulasan perlu diluluskan sebelum ia diterbitkan.