3 Kunci Utama Syurga Menurut Hadith

3 Kunci Utama Syurga Menurut Hadith

Semua orang mengimpikan pengakhiran mereka nanti akan masuk ke syurga. Ditempatkan ke syurga bermaksud mendapat tempat terbaik yang abadi di alam baqa'. 

Perlu kita sedar bahawa, syurga itu sangat mahal dan syurga itu ada pintu-pintunya. Hanya orang yang memiliki kunci-kuncinya sahaja dapat membuka dan melaluinya. 

Apakah kunci-kunci tersebut? 

Dalam beberapa hadith Rasulullah SAW, ada TIGA kunci utama syurga. 

1. Bersaksi tiada Tuhan selain Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda:

مِفْتَاحُ اْلجَنَّةِ شَهَادَةٌ أَنْ لَا إِلهَ إلَّا الله    

Terjemahannya: Kunci syurga adalah bersaksi tiada Tuhan selain Allah.

(Riwayat Ahmad)

 

2. Mendirikan solat

Daripada Jabir bin Abdullah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مِفْتَاحُ اْلجَنَّةِ اَلصّلَاةُ    

Terjemahannya: Kunci syurga adalah solat.

(Riwayat at-Tarmizi)

3. Mencintai fakir miskin

Rasulullah SAW bersabda:

وَمِفْتَاحُ اْلجَنَّةِ حُبُّ اْلمَسَاكِيْنِ وَاْلفُقَرَاء    

Terjemahannya: Dan kunci syurga adalah mencinta fakir-miskin.

(Riwayat Ibnu Umar)

 

Kunci untuk memasuki syurga yang diidamkan oleh setiap hamba Allah SWT perlulah meyakini dengan sebenarnya akan dua kalimah syahadah yang diucapakan, melaksanakan solat dengan sempurna, dan memperbaiki solat dengan sempurna dan memperbaiki hubungan dengan fakir miskin.

Dipetik daripada buku Laluan Mudah Ke Syurga Tanpa Hisab Tanpa Azab oleh Hajah Aminah Zakaria, Che Radhiah Mezah & Normah Mohd Ariff. 

 

Dapatkan di sini -> https://arasmega.com/products/laluan-mudah-ke-syurga

 

Kembali ke blog

Tinggalkan komen

Sila ambil perhatian, ulasan perlu diluluskan sebelum ia diterbitkan.