Profesor Mama bersama Iman & Nani: Kuih Mama

Profesor Mama bersama Iman & Nani: Kuih Mama

RM15.90

[ PRINT ON ORDER ]

Iman dan Nani tidak suka kuih yang Profesor Mama buat. Mereka meminta makanan segera. Namun pada hari kantin sekolah, mereka membeli kuih talam dan menyukainya. Mereka tertanya-tanya siapakah gerangan yang membuat kuih talam tersebut?

Description

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Membina karakter dan jati diri anak perlu bermula dari peringkat awal.

Disaat lahir anak akan diazan dan diqamatkan dikedua-dua telinga mereka. Kemudian dididik dengan asuhan yang penuh dengan kasih sayang.

Sampai ke peringkat remaja, anak-anak mula terdedah dengan dunia luar. Pelbagai masalah mula timbul.

Dimana silapnya?

Kita lupa untuk menjadikan diri kita (ibu bapa) sebagai role model pada anak kita. Hero mereka semasa kecil adalah karakter superhero dikaca tv.

Bila meningkat remaja, superhero diganti dengan artis-artis yang tidak senonoh kelakuannya. Mereka tidak biasa memandang tinggi pada ibu bapa.

Kita lah yang sepatutnya menjadi superhero anak kita.

Dengan segala masalah sosial yang semakin meningkat, Buku Profesor Mama cuba menengahkan ibu sebagai hero atau contoh kepada anak-anak, bukan menjadik karakter-karakter superhero atau artis sebagai sumber ikutan.

Buku ini dipenuhi dengan mesej-mesej moral yang baik sebagai didikan awal kanak-kanak. Karakter Iman dan Nani yang memandang tinggi mama mereka diharap dapat menjadi sumber inspirasi anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai hero mereka.

Bagi siri ke enam buku Profesor Mama ini, Iman dan Nani tidak menyukai kuih yang Profesor Mama buat. Mereka meminta makanan segera. Namun pada hari kantin sekolah, mereka membeli kuih talam dan menyukainya. Mereka tertanya-tanya siapakah gerangan yang membuat kuih tersebut. Dapatkan buku ini sekarang!

Additional information

Weight 120 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Profesor Mama bersama Iman & Nani: Kuih Mama”