Profesor Mama bersama Iman & Nani: Denggi

Profesor Mama bersama Iman & Nani: Denggi

RM15.90

[ PRINT ON ORDER ]

Pulang dari menziarahi jiran yang dijangkiti demam denggi, Profesor Mama, Iman dan Nani membersihkan rumah mereka. Mereka tidak mahu ahli keluarga pula yang terkena jangkitan. Namun, malang tidak berbau. Iman telah disahkan dijangkiti demam denggi. Profesor Mama dan Nani pelik. Macam mana pula Iman boleh terkena jangkitan sedangkan mereka baru sahaja membersihkan kawasan rumah. Ini yang menjadi persoalan. Profesor Mam dan Nani cuba merungkainya.

Description

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Membina karakter dan jati diri anak perlu bermula dari peringkat awal.

Disaat lahir anak akan diazan dan diqamatkan dikedua-dua telinga mereka. Kemudian dididik dengan asuhan yang penuh dengan kasih sayang.

Sampai ke peringkat remaja, anak-anak mula terdedah dengan dunia luar. Pelbagai masalah mula timbul.

Dimana silapnya?

Kita lupa untuk menjadikan diri kita (ibu bapa) sebagai role model pada anak kita. Hero mereka semasa kecil adalah karakter superhero dikaca tv.

Bila meningkat remaja, superhero diganti dengan artis-artis yang tidak senonoh kelakuannya. Mereka tidak biasa memandang tinggi pada ibu bapa.

Kita lah yang sepatutnya menjadi superhero anak kita.

Dengan segala masalah sosial yang semakin meningkat, Buku Profesor Mama cuba menengahkan ibu sebagai hero atau contoh kepada anak-anak, bukan menjadik karakter-karakter superhero atau artis sebagai sumber ikutan.

Buku ini dipenuhi dengan mesej-mesej moral yang baik sebagai didikan awal kanak-kanak. Karakter Iman dan Nani yang memandang tinggi mama mereka diharap dapat menjadi sumber inspirasi anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai hero mereka.

Bagi siri ke empat buku Profesor Mama ini, penulis mengisahkan Iman yang terkena jangkitan denggi. Ini sangat pelik buat Profesor Mama kerana mereka telah memastikan keadaan sekeliling rumah mereka bersih dari tempat pembiakan nyamuk aedes. Profesor Mama dan Nani cuba mencari punca dan mencari jalan penyelesaian masalah ini. Dapatkan buku ini sekarang.

Additional information

Weight 120 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Profesor Mama bersama Iman & Nani: Denggi”