Mensyukuri Nikmat, Menginsafi Amanat

Mensyukuri Nikmat, Menginsafi Amanat

RM10.00

Karya ini dirasakan cukup signifikan, di tengah hingar-bingar demokratisasi dan hak asasi – saat umat semakin tercerah, menuntut penjelasan dan keadilan daripada penguasa atas kebobrokan pengurusan dan salah tadbir kerajaan – karya ini ternyata mampu mengenderai semangat umat dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

Description

Sememangnya gagasan dan pemikiran Dato’ Dr. Siddiq Fadzil yang beliau cetuskan dalam karyanya ini wajar dibugar dan diwacanakan. Agenda mencerahkan umat dengan ilmu yang benar menjadi prioritinya. Komitmen beliau terhadap agenda reformasi-islahi jelas terlihat dalam buku ini. Usaha pencerahan inilah yang menjadi pencetus dan permulaan bagi mengeluarkan umat daripada belenggu kejumudan dan penjajahan pemikiran. Akal dan jiwa yang merdeka akan mendorong umat berusaha membebaskan diri daripada segala bentuk penjajahan, seterusnya menganjak kepada perubahan signifikan dalam kalangan masyarakat keseluruhannya.

Diharapkan agar amanat-amanat perjuangan para leluhur kita yang berjuang dengan darah, keringat dan air mata sentiasa disemat di dada. Harapan kami agar umat mendapat panduan berguna dalam memahami erti kemerdekaan yang dikecap selama ini. Saat bangsa ini dahagakan panduan, buku ini muncul memenuhi keperluan.

Additional information

Weight 320 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Mensyukuri Nikmat, Menginsafi Amanat”