Siri Kenali Ubat (5 Tajuk)

Siri Kenali Ubat (5 Tajuk)

RM25.00

Ceritakan pada anak anda kepentingan ubat.

Macam mana ubat menjadi super hero hebat yang melawan bajteria dan virus jahat. Membantu mereka kekal sihat. Buku cerita ini ditulis oleh Pn Syafi’ah Bakarudin. Beliau merupakan seorang Pegawai Farmasi dan bergiat aktif dalam memberikan maklumat berkaitan penggunaan ubat di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Beliau menggunakan platform penulisan buku cerita kanak-kanak sebagai sebahagian usaha Kempen Kenali Ubat Anda anjuran Kementerian Kesihatan.

Setiap pembelian akan mendapat 5 buku yang mengisahkan pelbagai isu berkaitan kesihatan selari denganĀ Kempen Kenali Ubat Anda anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku-buku yang akan anak anda dapat baca apabila anda membelikan mereka buku ini adalah:

Buku 1: Kembara Ubat Olah

Menceritakan bagaimana ubat berfungsi dalam badan kita. Anak-anak akan dibawa mengembara ke dalam badan untuk melihat bagaimana ubat bertindak di dalam badan.

Buku 2: Label Ubat Uwan

Buku kedua ini menceritakan apa maksud label pada ubat-ubat yang kita dapat dari klinik dan hospital. Banyak maklumat penting untuk kita sendiri sebagai ibu bapa perlu tahu.

Buku 3: Di mana Ubat Olah?

Buku ketiga menceritakan cara menyimpan ubat yang betul. Tahukah kita ada ubat yang perlu disimpan dalam peti sejuk dan ada yang tidak?

Buku 4: Sukat Ubat Tepat-Tepat

Buku keempat adalah tentang cara menyukat ubat dengan betul. Ada bermacam-macam jenis ubat dan setiap ubat ini perlu disukat dengan betul supaya tidak terlebih dos yang boleh membahayakan nyawa.

Buku 5: Misi Melawan Raksasa Kuman

Buku kelima mengisahkan bagaiman kuman, bakteria dan virus menyerang badan kita. Anak-anak akan dibawa mengembara ke dalam badan manusia dan ditunjukkan bagaimana ubat antibiotik dapat melawan kuman bakteria dan virus.

Additional information

Weight 300 g